Monday, 25 September 2017

Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia

Assalammualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.


Gambar ni selalu buat aku happy. So aku letak gambar ni. =)



13 September 1999,aku lahir ke dunia ni. Pada 8 September 2001,aku secara rasminya menjadi kakak kepada seorang adik lelaki yang annoying tahap nak gaban. Sejak aku baby lagi,aku dikenali seluruh keluarga sebagai baby yang tak mesra alam. Asyik nak ummi dia jer. Start umur 5 tahun,sampailah sekarang ni ummi regard aku as seorang yang penakut nak bersosial dan sentiasa menjadi loner di sekolah sampailah zaman asasi ni haa.



Zaman sekolah menengah aku di SAMBERT,dari tingkatan 1 sampailah SPM habis. Kawan aku yang memang aku sayang dan rapat dari sekolah ni boleh dikira dengan jari jer. Persahabatan merupakan subjek paling sukar aku nak ace masa sekolah menengah dulu. Sampai sekarang aku struggle cuba untuk menjadi kawan yang baik dan keep in touch dengan kawan-kawan lama. Tapi hey~ At least aku cuba daripada langsung tidak kan?



Aku start jadi blogger masa form 1. Masa tu aku teringin nak ada satu tempat di mana aku boleh membebel dan berkongsi ilmu agama. Masa tu aku jahil,aku ingat senang jer nak buat artikel berunsur kegamaan ni. Aku salah. Dalil yang tepat untuk sesuatu konteks tak boleh di-google,tapi perlu dipelajari dari mursyid yang thiqah. Aku tak ada ilmu yang cukup nak sentuh isu-isu agama yang berat,yet aku tetap nak bermain dengan api ignorance. Banyak kali aku buang dan buat blog baru sebab tak jumpa identiti aku sebagai seorang blogger,not that I do now. Tapi lepas habis SPM,aku buat keputusan untuk buat blog ni permanently dan sambil tu cuba cipta identiti aku sebagai blogger. Fighting! Dear my self~!




Aku photographer tahap bawah amatur. 



Aku ada banyak minat tapi antaranya martial arts movie. Bukan action movie okey? Pure martial arts movie/series macam The Raid : Berandal dan Akademi Pendekar Silat. Aku layan je apa-apa movie asalkan main theme bukan cinta. Aku anti kebanyakan drama dan movie Melayu kecuali drama macam Selamat Pengantin Madu dan Melarik Awan. Aku jugak suka baca buku sejarah dan buku-buku ilmiah macam Kisah 25 Filsuf Barat oleh matluthfi,Cerpen Sentap tulisan Shukery Azizan,I am Malala oleh Malala Yousafzai dan Biografi Agung Imam Syafi'i karangan Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid (ada beberapa buah lagi dan more coming soon).  Pasal minat aku cukuplah dua ni kut,kalau aku letak semua nanti jadi karangan pulak.



Antara perkara yang annoying dan negatif pasal diri aku:

  • I am picky when it comes to food and beverages.
  • Aku makan banyak,sampaikan kawan aku rimas sebab aku hentikan conversation kat Whatsapp most of the time sebab nak makan. Alhamdulillah sebab badan aku jenis maintain.
  • Kalau dah rapat dengan aku,bersabarlah dengan sisi jahat aku yang selalu bergurau kasar dan suka membahan dan suka bagi kawan-kawan nicknames yang pelik.
  • Etc... hahahah!



Gambar hiasan yang tak ada kena-mengena. Ni nickname aku di kalngan keluarga. Siapa tak boleh baca,dia akan kahwin cepat! ^^



13 September minggu lepas,aku secara rasminya dah pun mencapai umur 18 tahun dan esok aku akan pergi renew I/C sekali dengan ummi. Sebahagian diri aku takut nak memasuki alam dewasa,tapi aku tak boleh terlalu turutkan perasaan tu. Macam mana aku nak capai impian aku kalau aku takut? Betul tak? Impian aku nak jadi Peguam Negara atau mungkin ahli Parlimen. Untuk mencapai impian tu,aku cuba belajar jadi matang dalam setiap konteks yang perlu dan aku mampu (doakan aku dapat capai impian ni!) .



Aku ada cita-cita yang besar untuk diri aku,dan blog menjadi satu platform untuk aku ingatkan diri sendiri tentang impian dan cita-cita aku. Blog ni jugak jadi tempat aku titipkan pesanan untuk diri aku di masa depan in case aku terasa lelah dan penat dengan keadaan aku pada masa tu. Aku tak jangkakan ada orang baca dan follow blog aku,hahaha,sebab aku sedar contents aku boring. Tapi aku tak kisah! Sebab aku cuma nak menulis. Nak memuaskan keinginan jari ni menaip dan mencatat entri untuk bacaan aku sendiri.





Untuk menyertai Segmen ini,sila klik>>Segmen Suai Kenal Bloggers Seluruh Malaysia<<klik


13 comments:

  1. Assalammualaikum. Hai hanis. Selamat berkenalan... Terima kasih sertai segmen akak ni. Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam.. thanks sebab akak buat segmen nii... :)))

      Delete
  2. Erm.. tak ada button follow ye kat sini ? hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhusz.. haah x de lagi... in Sha Allah satu hri nnti.. =)

      Delete
  3. Peserta / Bloglist dan sehingga 31 Disember 2018 : http://www.sofinahlamudin.com/p/suai-kenal.html

    ReplyDelete
  4. Hai Hanis.
    salam kenal

    http://www.azhafizah.com/2017/09/segmen-suai-kenal-bloggers-seluruh.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai~~!! selamat berkenalan.. saya dh bw kat blog akak semalam.. lawa laa blog.. jelly saya.. ;)

      Delete
  5. hai hanis , salam perkenalan , umur hanis sebaya dgn adik kedua CCL
    jemput jenguk blog CCL
    http://cikcappuccinolatte.blogspot.my/2017/09/lakarkan-kreativiti-anda-diatas-sehelai.html

    ReplyDelete
  6. hai akak.. woah.. tak sangka sebaya ngan adik akak CL.. anyway.. baru lepas lawat blog akak tadi.. =)

    ReplyDelete
  7. Salam kenal dari saya Dedaun Comel :)

    ReplyDelete
  8. SEGMEN SUAI KENAL BLOGGERS SELURUH MALAYSIA
    1. Pengumuman ke-4 = http://www.sofinahlamudin.com/2017/11/pengumuman-4-segmen-suai-kenal-bloggers-seluruh-malaysia.html
    2. Selamat berkenalan = http://www.sofinahlamudin.com/p/suai-kenal.html

    ReplyDelete
  9. Salam perkenalan..

    http://www.elihjapahar.com/2017/11/segmen-suai-kenal-bloggers-seluruh.html

    ReplyDelete